SEJARAH

PKNS telah berkecimpung dalam arena sukan sejak tahun 1967 melalui penubuhan kelab sukan dan reakrasi. Kelab PKNS juga telah terlibat dalam arena sukan dan mendapat pelbagai pencapaian dan kemenangan, selain itu PKNS juga telah mengeluarkan sejumlah nombor pemain bola sepak, sepak takraw dan banyak lagi. Pemain yang dikeluarkan oleh PKNS bukan sahaja berjaya di tahap PKNS tetapi berjaya di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Kelab sukan dan reakrasi PKNS mempunyai pemain di peringkat awal. Selepas menjuarai Piala FAM pada tahun 2003, PKNS telah membentuk satu pasukan profesional PKNS FC pada tahun 2004 untuk bersaing dalam Liga Premier yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pada tahun 2012, PKNS FC telah melebarkan sayap ke Liga Super selepas memenangi Liga Super tahun 2011.

PKNS telah memperuntukkan sejumlah wang untuk PKNS FC dan sekali gus menampung semua pasukan yang berada di bawah kelab mereka sendiri. Ini adalah termasuk Liga super, Piala Presiden, Liga Super Selangor, dan juga Akademi PKNS FC.


facebook

instagram

twitter